‘Pernah Tak Anda Terlelap Seketika Sewaktu Memandu?’ – Doktor Kongsi Betapa Bahayanya Microsleep
‘Pernah
Tak Anda Terlelap Seketika Sewaktu Memandu?’ – Doktor Kongsi Betapa Bahayanya Microsleep
Pernah
tertidur seketika semasa memandu terutamanya pada waktu awal pagi dan tengah
hari? Awas! Anda berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan dan oleh itu,
segeralah berhenti untuk tidur atau berehat seketika.
Jangan
sesekali memaksa diri untuk meneruskan perjalanan. Simptom-simptom microsleep
seperti tersengguk-sengguk, kelopak mata semakin tertutup atau kuyu, mata
terkebil-kebil, gagal fokus sudah cukup menandakan anda perlu berehat. Semoga
perkongsian dari doktor ini bermanfaat.
MICROSLEEP
Apakah
itu microsleep? Mungkin ada yang pernah dengar. Microsleep adalah episod di
mana kita terlelap atau tertidur seketika secara tak sengaja selama 2-30 saat.
Fenomena ini menyebabkan kehilangan input deria pendengaran dan penglihatan
yang diproses di otak.
Cuba
bayangkan jika fenomena ini berlaku semasa memandu. Mata tertutup ataupun masih
terbuka, pandangan terus hilang, kepada tersengguk-sengguk, pendengaran kosong
dan tangan terlepas dari steering hanya beberapa saat sahaja, maka berisiko
terlibat dalam kemalangan.
Kalau
terjadi masa tengok TV atau depan laptop tak apalah. Tak pun jatuh kerusi saja.
Microsleep
berisiko terjadi jika seseorang itu tidak cukup tidur, kepenatan dan
kemurungan. Jika kita memandu, sepatutnya kita tidak berada dalam keadaan
berisiko ini. Cukupkan rehat dan tidur. Kalau mengantuk ketika memandu,
berhenti di mana-mana RnR dan tidur secukupnya. Rehatkan badan dan minda.
Jangan paksa diri.
Hati-hati
memandu, ingatlah orang yang tersayang sedang menunggu di rumah.
Sumber:
Doktor Zek
0 Response to "‘Pernah Tak Anda Terlelap Seketika Sewaktu Memandu?’ – Doktor Kongsi Betapa Bahayanya Microsleep"
Post a Comment